nuffnang

Followers

Wednesday, October 27, 2010

Mengapa Bayi Anda Menangis?

Anda baru sahaja ingin melelapkan mata. Tiba-tiba anak menangis. Hendak kejutkan isteri tidak sampai hati. Tidurnya lena mungkin kerana terlalu penat. Tangisan anak yang semakin kuat menjadikan anda panik. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekiranya berhadapan dengan situasi ini, anda tidak perlu risau. Jangan rasa panik. Anda kena bertenang. Tidak dinafikan rasa panik adalah lumrah bagi lelaki yang baru pertama kali bergelar bapa. Tapi, inilah masa terbaik untuk anda belajar cara-cara untuk meredakan bayi yang menangis.

Dalam kes bayi menangis, jika anda rasakan bayi menangis kerana lapar, itu kurang betul. Ada banyak sebab bayi menangis. Mungkin ramai di kalangan kita tidak tahu yang bayi tidak mempunyai cara untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya kecuali dengan tangisan.

Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

•Lapar
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.
•BasahRasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

•Tidak selesa dengan persekitaran
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

•Jatuh
Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

•KembungBayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Kepada bapa-bapa sekalian, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya.




   

Wednesday, October 20, 2010

Update Contest Muncung Paling Menawan Si Kecil

Ini dia pic anak ku yang tersenarai dalam contest ini...
Anda boleh lagi menyertainya jika minat... klik sini.




    

PAPA & BABY CONTEST ! !

Nih adalah contest antara abah dan anak pulak yang dianjurkan oleh http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/papa-baby-contest.html dan akan tamat pada 14 November 2010.


Pic yang dipertaruhkan adalah  :-



Nama Papa : Muhamad Kamarunnazir Bin Safar
Nama Baby : Muhammad Adan Bin Muhamad Kamarunnazir
Umur Baby : 7 Bulan 1 Minggu 2 Hari

Tapi untuk pengetahuan, bila tgk pic nih x mcm umur 7 bulan kannnn...heheh sebab ms nih Adam baru lahir, mama pun masih dalam pantang masa tu..hikhikhik....




    

Tuesday, October 19, 2010

‘ CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’

‘ CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’

Contest muncung nih dianjurkan oleh http://arisyanaziq.blogspot.com/

 Bila terbaca nama contest nih yang sungguh menarik minat aku, terus aku join sebab pic anak ku buat mulut muncung ada hehehehe.....

Nama : Muhammad Adam Bin Muhamad Kamarunnazir
Umur : 7 Bulan 1 Minggu



Thursday, October 14, 2010

Adam tersenarai dalam Baby Raya Baby Bergaya Contest


Adam tersenarai dalam Baby Raya Baby Bergaya Contest, bestnya..... Tapi yg jadi tandatanyamama, naper kat pic adam xdak no mcm pic baby yang lain???? Sapa boleh jawab????
http://wardazri.blogspot.com/2010/10/update-gambar-peserta-contest-ibu-yang.html




   

What Contest?




    
Untuk kali keduanya aku mengadakan contest (walaupun contest pertama belum tamat), aku masih minat nk mengadakan satu lagi contest baru dalam kategori Baby Contest, tapi aku tercari2 apakah nama contest yang sesuai untuk aku anjurkan kali ini yang menarik minat para ibu2 dan bapa2 di luar sana.... Dalam fikir punya fikir sambil dok menaip entry ini, aku terdapat la 1 idea, apa kata aku mengadakan What Contest untuk tidak memenatkan aku memikir sorang2 contest yang aku cari2 itu.... So, pada sesiapa yang mempunyai idea kreatif or gila2, boleh la join What Contest untuk menyumbangkan buah fikiran anda dan aku akan bagi hadiah bagi sesiapa (pemenang) yang berjaya memikat hati ku dengan idea contest anda.... 

BERSAMA-SAMA MENYUMBANG IDEA UNTUK BLOG AKU, hehehehe

Syarat-syarat :-
  1. Add blog http://myboymadam.blogspot.com/ sebagai follower.
  2. Buat 1 entry berkenaan What Contest? dan link kan banner contest ini ke entry ini.
  3. Tinggalkan idea anda bersama link entry anda di comments box entry ini.
  4. Bermula dari sekarang hingga 1 Januari 2011.
Ok, mudah sahaja syarat2nya, so sesiapa yang menghantar comment dekat entry ini, aku akan terjah blog korang dan tunggu hadiah dari aku bagi pemenang bertuah yang berjaya menambat hati ku....  




    

Wednesday, October 6, 2010

Teka Kata Contest


Ini adalah Contest pertama aku untuk melihat ketajaman mata anda dalam meneka huruf-huruf yang ada di dalam gambar yang telah aku beri sentuhan seni sikit...So, anda kenalah perembang mata anda cukup2 yer...hehehe
Anda perlu meneka apa yang tertulis di dalam gambar dibawah ini.


Syarat-syarat :-
  1. Terbuka kepada blogger dan facebook.
  2. Anda perlu menjadi follower blog penganjur dan penaja hadiah.
  3. Buat 1 entry tentang contest ini samada dalam blog atau facebook anda.
  4. Linkkan entry anda kepada contest ini. (Anda boleh mengajak seberapa ramai kawan anda untuk join contest ini). Pastikan ada banner My Contest di blog atau facebook anda dan linknya skli
  5. Tinggalkan jawapan yang anda rasakan tepat di kotak komen entry ini beserta nama, email (lagi bagus kalau ada fb), no tel dan alamat anda untuk memudahkan saya membuat penghantaran hadiah kepada pemenang.
  6. Saya akan terjah blog atau facebook anda.
  7. Contest ini bermula dari 7 Oktober 2010 hingga 26 Oktober 2010.
  8. Saya akan senaraikan peserta yang meneka dengan tepat dan pemilihan PEMENANG akan dibuat melalui cabutan bertuah. So doa2 la anda adalah pemenang bertuah itu...

SELAMAT MENCUBA

Hadiah yang ditaja adalah dari http://impiankitasemua.blogspot.com dan anda boleh klik sini untuk melihat hadiahnya.




   

Hadiah Teka Kata Contest

Berupa barangan kecantikan iaitu sabun pencuci muka. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan sangat baik bagi sesiapa yang mempunyai resdung.

Bar Resdung




   
Related Posts with Thumbnails